Froggy Jumps Kata Adjektif PancainderaVersión en línea Ujian adjektif pancaindera por HIJRATUL HUSNA BINTI ZULKIFLI IPG-Pelajar 1 Bau _____ yang datang dari dapur itu membangkitkan selera makan kami sekeluarga. a hancing b harum c busuk 2 Permukaan kain sutera itu sangat _____ apabila disentuh dengan tangan. a licin b keras c kasar 3 Suara penyanyi itu sangat _____ sehingga semua penonton terpegun mendengarnya. a garau b bising c merdu 4 Ibu segera membuang sampah yang sudah berbau _____ itu ke dalam tong sampah di luar rumah. a tengik b busuk c hancing 5 Adik tidak suka makan ubat yang _____ itu walaupun telah dipujuk oleh ayah. a manis b masin c pahit 6 Pemandangan di puncak Gunung Kinabalu itu sungguh _____ dan menyejukkan mata memandang. a hodoh b indah c gelap 7 "Jangan makan buah mangga yang _____ itu, nanti sakit perut," pesan nenek kepada abang. a payau b masam c tawar 8 Lantai bilik air itu menjadi _____ kerana sudah lama tidak dicuci dengan sabun. a lembap b licin c kesat 9 Bunyi hon kereta yang sangat _____ itu mengejutkan bayi yang sedang tidur di dalam buaian. a nyaring b perlahan c lunak 10 Air kopi yang dibancuh oleh kakak terasa _____ kerana dia terlupa meletakkan gula. a masin b manis c tawar