Froggy Jumps AI untuk RakyatVersión en línea Kuiz ini direka khas untuk menguji pemahaman mendalam pelajar mengenai konsep Kecerdasan Buatan (AI) dalam pelbagai aspek penting kehidupan rakyat. por syamila 1 Apakah peranan utama AI dalam pengurusan bencana dan kecemasan? a Meramalkan bencana seperti banjir dan tanah runtuh serta memberi amaran awal kepada orang ramai. b Menyediakan analisis laporan bencana selepas kejadian untuk tujuan penyelidikan. c Mengurus pengagihan bekalan bantuan secara manual di pusat pemindahan. 2 Bagaimanakah AI membantu meningkatkan keselamatan dalam pengurusan trafik pintar? a Dengan merekod jumlah kenderaan yang melalui jalan raya untuk laporan tahunan. b Dengan mengarahkan pemandu mengikut laluan tertentu melalui pesanan SMS ketika berlaku kesesakan. c Dengan mengawal masa lampu isyarat dan memberi laluan kepada ambulans, bomba dan polis. 3 Bagaimanakah Kecerdasan Buatan membantu meningkatkan pendapatan petani di Malaysia? a AI bantu petani memasarkan hasil terus kepada pelanggan tanpa peraih untuk menambah jualan harian. b Pemantauan tanaman menggunakan dron dan sensor IoT meningkatkan hasil tuaian sehingga 20% di ladang. c AI mengurus jadual pembajaan automatik supaya kos tenaga kerja dapat dikurangkan oleh para petani. 4 Mengapakah warung kecil dianggap mendapat manfaat besar melalui penggunaan Kecerdasan Buatan? a AI membantu warung membina aplikasi telefon mereka tanpa kos pembangunan serta tanpa pakar teknikal. b AI membolehkan warung membina aplikasi telefon tanpa kos pembangunan serta tanpa pakar teknikal. c AI bantu warung urus stok, ramal inventori dan jalankan pemasaran automatik tepat kepada pelanggan. 5 Apakah manfaat AI terhadap komunikasi dalam komuniti? a AI menghubungkan masyarakat melalui cadangan aktiviti komuniti yang memudahkan interaksi harian. b AI chatbot membantu komuniti dengan menjawab aduan sepanjang masa dan meningkatkan kecekapan raya. c CCTV AI memberi amaran awal untuk tingkat keselamatan komuniti serta membantu rondaan lebih cekap. 6 Apakah cabaran sosial utama dalam penggunaan AI? a Isu privasi timbul apabila data peribadi disalah guna oleh sistem AI tanpa kawalan pengguna sendiri. b Jurang digital apabila akses internet dan peranti tidak seimbang antara bandar dan luar bandar c Ketergantungan teknologi boleh melemahkan kemahiran manusia kerana penggunaan lebih pada sistem. 7 Apakah manfaat utama AI dalam pendidikan ? a AI memberi pembelajaran peribadi mengikut keperluan pelajar melalui analitik prestasi pelajar. b AI meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah dengan menyusun jadual merekod kehadiran pelajar. c Menyediakan akses bahan pembelajaran pelbagai dan meningkatkan peluang pelajar menikmati pendidikan 8 Bagaimanakah AI membantu guru dalam sistem pendidikan? a AI membantu guru menghasilkan bahan PdP dengan lebih cepat dan memudahkan tugasan harian dalam kelas b AI menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan menyeronokkan dan membantu pelajar mengingati konsep c AI digunakan untuk memantau warga emas secara automatik bagi keselamatan. 9 Apakah peranan AI dalam pemadanan pekerjaan moden? a Platform moden senaraikan iklan tanpa analisis pintar tetapi masih bantu calon mencari peluang kerja b AI menilai resume calon secara automatik namun tidak menggunakan kaedah rawak bagi proses pemilihan. c AI memadankan calon dengan kerja melalui analisis pengalaman pendidikan resume serta kemahiran tepat 10 Bagaimana AI menilai kelayakan pemohon kerja? a Memberi cadangan laluan kerjaya umum namun tidak menganalisis data pemohon secara terperinci. b Menilai latar pendidikan pengalaman kerja dan kemahiran utama bagi pemadanan kerja secara tepat. c AI memilih calon berdasarkan turutan resume masuk tanpa menilai maklumat penting dalam permohonan.