Froggy Jumps Latihan Pemahaman Membaca Bahasa Melayu Tahun 3 (KSSR)Versión en línea Latihan ini disediakan khas untuk murid Tahun 3 bagi menguji kefahaman mereka dalam Kemahiran Membaca seperti yang digariskan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu KSSR Tahun 3. Soalan merangkumi bacaan ayat, kosa kata, idea utama, teks grafik, serta pengenalan bahan sastera dan bukan sastera seperti label, manual, cerita dan pantun. Murid digalakkan membaca setiap soalan dengan teliti dan memilih jawapan yang paling tepat. por MUHAMMAD NAZIRUL NAZIM BIN MOHD NAPIAS IPG-Pelajar 1 Ali bermain bola di padang. Apakah jenis ayat ini? a Ayat penyata b Ayat seruan c Ayat tanya 2 Perkataan manakah yang mempunyai maksud “gembira”? a Sedih b Marah c Riang 3 Apakah idea utama dalam perenggan berikut? “Ibu memasak di dapur setiap pagi. Dia memasak nasi, lauk dan sayur untuk kami sekeluarga.” a Ibu ke pasar b Ibu memasak setiap pagi c Kami makan bersama 4 Pilih kosa kata yang berkaitan dengan sekolah. a Pensel b Tilam c Paku 5 Apakah jenis teks ini? “Langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan gunting: 1.Gunting di tempat yang rata. 2.Jangan berlari semasa memegang gunting.” a Cerita b Manual c Label 6 Baca pantun berikut: Banyak bulan perkara lama, Bulan puasa bulan mulia, Banyak amalan kita bersama, Untuk mendapat pahala. Apakah nilai murni dalam pantun ini? a Menjaga kesihatan b Rajin membaca c Beribadah dan beramal 7 Apakah tujuan label digunakan? a Untuk mengenal barang b Untuk membaca cerita c Untuk menyanyi 8 Apakah sebutan yang betul untuk membaca ayat? a Dengan intonasi yang sesuai b Dengan cepat dan laju c Dengan suara yang perlahan 9 Apakah isi sampingan dalam teks berikut: “Amir suka membaca buku cerita. Setiap malam, dia akan membaca buku sebelum tidur. Dia juga suka melukis dan mewarna.” a Amir membaca buku b Amir suka mewarna c Amir suka membaca dan mewarna 10 Apakah maksud ‘manual’? a Buku latihan b Bungkusan makanan c Arahan penggunaan sesuatu