Froggy Jumps Sila teka dan jawabVersión en línea Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti perkataan yang salah dan pilih jawapan yang betul. por NUR MAHANIE BINTI BAYAN KPM-Guru 1 Ariyan perlu membuat keputusan samada mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara ataupun tidak. a Ke luar b Samada c Ataupun 2 Galakkan daripada ibu bapa banyak membantu meningkatkan prestasi murid. a Daripada b Banyak c Galakkan 3 Mereka sekeluarga akan ke Pulau Pinang dengan menaiki keretapi. a Keretapi b Sekeluarga c Akan 4 Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Amira telah berjaya menempa nama dalam bidang perniagaan. a Nama b Menempa c Kedua 5 Setiap petang, Puan Asmah menjual goreng keledek di hadapan rumahnya. a di hadapan b Goreng keledek c rumahnya 6 Farha menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang sedih itu. a Bila b Diberitahu c Teresak-esak 7 Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke kampung. a Sudah b Marahkan c Dua tahun 8 Berbagai jenis pakaian yang dipamerkan di Pameran Busana Tradisional Melayu Tempoh Hari a Berbagai b Tempoh hari c Dipamerkan 9 Keropok lekor itu sangat sedap sekali apabila dimakan dengan cili sos. a Sangat b Cili sos c Sekali 10 Sikap saling bantu-membantu wajar dipraktikkan dalam masyarakat. a Wajar b Dipraktikkan c Saling bantu-membantu