Froggy Jumps Latihan Peribahasa 1 (Men 1)Versión en línea Kenali dan fahami kumpulan peribahasa di menengah 1. Latih tubi untuk Peperiksaan Akhir Tahun. por Noorlizasabariah Ramli 1 Mengambil perkara yang baik dan melupakan keburukan dalam setiap situasi. a Bagai menelan mestika embun b Buang yang keruh, ambil yang jernih c Ukur baju di badan sendiri 2 Apabila melaksanakan kerja yang rumit, haruslah dibuat sampai habis. a Jika tidak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya. b Seperti menghela rambut dalam tepung; rambut jangan putus, tepung jangan berserak. c Genggam bara api biar sampai jadi arang 3 Hidup saling bermuafakat. a Serumpun bak serai, sesusun bak sirih b Air pun ada pasang dan surutnya c Kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap 4 Biarpun Ustaz Kalil sudah meninggal dunia, segala budi baiknya akan dikenang oleh anak muridnya. a Air dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air yang keruh. b Melentur buluh biarlah dari rebungnya c Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati 5 Pada awalnya, Nina menghadapi kesukaran membuat soalan Matematik yang baru dipelajarinya tetapi setelah belajar dan membuat latih tubi, dia semakin mahir. a Alah bisa tegal biasa b Jaga hati c Jika tidak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya. 6 Kemahiran Adam melukis sebenarnya diwarisi oleh bapanya, seorang pelukis yang terkenal di Singapura. a Air dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air yang keruh. b Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi c Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing