Crear
Obtener Plan Académico

NOTA RUNTUTAN

Presentación

NOTA RUNTUTAN

Descarga la versión para jugar en papel

Edad recomendada: 16 años
40 veces realizada

Creada por

Malasia

Top 10 resultados

  1. 1
    00:02
    tiempo
    100
    puntuacion
  2. 2
    00:15
    tiempo
    100
    puntuacion
  3. 3
    00:16
    tiempo
    100
    puntuacion
  4. 4
    00:22
    tiempo
    100
    puntuacion
  5. 5
    02:46
    tiempo
    100
    puntuacion
¿Quieres aparecer en el Top 10 de este juego? para identificarte.
Crea tu propio juego gratis desde nuestro creador de juegos
Compite contra tus amigos para ver quien consigue la mejor puntuación en esta actividad

Top juegos

  1. tiempo
    puntuacion
  1. tiempo
    puntuacion
tiempo
puntuacion
tiempo
puntuacion
 
game-icon

NOTA RUNTUTANVersión en línea

NOTA RUNTUTAN

por norshahirah azman
1

RUNTUTAN

RUNTUTAN

  • Menurut Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul, Adenan Ayob (2018:73) runtutan dikatakan sebagai  perantaraan gagasan idea yang menunjukkan idea atau fikiran dijalin dalam sebuah cerita atau peristiwa untuk membentuk teks. 
  • Peristiwa atau cerita yang disampaikan mempunyai makna. 
  • Makna adalah untuk menyampaikan bahasa atau tanda-tanda lain untuk mewakili dan menyampaikan pengetahuan yang sebenarnya disampaikan oleh ujaran yang muncul dalam sesuatu teks.
  • Runtutan merupakan gagasan idea yang terbentuk yang digunakan untuk menyampaikan sesuautu dan idea tersebut mengandungi makna yang ingin disampaikan.
  • Wohl dalam Henry Tarigan menyatakan runtutan sebagai pengaturan secara rapi kenyataan dan gagasan, fakta dan menjadi suatu untaian yang logik sehingga mudah memahami isi kenyataannya. 
  • Menurut Sanat Md. Nasir dalam Mohd. Rashid Md Idris melihat runtutan sebagai susunan fikiran ayat secara logik atau kualiti kefahaman tentang sesuatu. 
  • Jadi, runtutan membawa erti idea-idea yang membawa erti idea-idea yang yang dikemukakan saling berkaitan antara satu sama sehingga teks tersebut mempunyai makna.

2

RUNTUTAN

Runtutan terbahagi kepada empat tahap :
  1. Tahap Tujuan (melihat tahap sesuatu teks memasuki atau    menepati tujuan penutur atau penulis)
  2. Tahap Penerimaan (menilai tahap penerimaan dan pemahaman pendengar atau pembaca sesebuah teks).
  3. Tahap Maklumat (berkait rapat dengan sesebuah teks itu sendiri serta tahap sesuatu maklumat di dalam teks itu menepati tanggapan pembaca).
  4. Tahap Keadaan (berkaitan dengan faktor yang menjadikan teks releven dengan situasi ujaran).   

3

F. J. D’ Angelo

 F. J. D’ Angelo

F. J. D’ Angelo telah membahagikan kepada  beberapa ciri runtutan, iaitu penambahan, rentetan, pengulangan, penekanan dan pertentangan. 


 1. Ciri pertama ialah  penghubung bersifat penambahan

  • Penambahan digunakan  untuk menambahkan  sesuatu item dalam frasa, ayat dan perenggan. Contoh:

Wanita, dan lelaki serta kanak-kanak turut hadir bagi meraikan karnival jualan buku  di Teluk Danga.

 •Perkataan “dan” dan “serta” menunjukkan penambahan dalam ayat berikut bagi  mewujudkan kesinambungan  idea dalam ayat tersebut.


2. Ciri kedua ialah pengulangan.

  • Pengulangan dilakukan dengan mengulang perkataan tertentu sebanyak beberapa kali untuk menegaskan tajuk yang hendak disampaikan. Contohnya:
 Ibu merupakan orang yang paling berjasa dalam hidup  seseorang insan. Ibu  menjaga kita sejak kecil lagi. Ibu juga menjadi pelbagai pelindung ketika kita dalam kesusahan. Jasa ibu, tidak akan terbalas oleh anak-anak. Oleh itu, hargailah ibu anda selagi berkesempatan.


•Perenggan di atas menunjukkan pengulangan perkataan ibu sebanyak 5 kali.


3. Ciri ketiga ialah pertentangan.

  • Pertentangan digunakan untuk menambahkan lagi  kesan koheren dalam sesuatu teks. Contohnya:  
Dia rajin belajar tetapi sering gagal  dalam peperiksaan.


•Melalui ayat di atas terdapat pertentangan  melalui perkataan “tetapi”. Pengarang menunjukkan, watak seseorang yang rajin tetapi hasilnya bertentangan dengan usaha yang di lakukan.


4

F. J. D’ Angelo

  • 4. Ciri keempat pula ialah penekanan. 
  • Penekanan digunakan  untuk menegaskan sesuatu kenyataan terhadap perkara yang diperkatakan. Contohnya:  

Gotong-royong bukan perkerjaan sia-sia. Sesungguhnya, gotong royong mempermudahkan sesuatu pekerjaan. Nyatalah kini, jambatan baru dapat di siapkan dalam masa yang singkat. Jelaslah bahawa gotong-royong bukan pekerjaan sia-sia.


•Penekanan boleh di lihat melalui perkataan sesungguhnya, nyatalah dan jelaslah. Jelaslah penekanan  digunakan untuk memberi penegasan bagi sesuatu penyataan.  


5. Ciri kelima ialah rentetan.

  • Rentetan merupakan penghubung bagi peristiwa berurutan atau perkerjaan  yang di lakukan  secara berperingkat. Contohnya:  

Untuk membuat kek, kita memerlukan beberapa proses. Pertama, kita perlu menyediakan bahan-bahan. Kedua, kita perlu masukkan  telur dan mentega ke dalam mangkuk. Selepas itu, gaul telur dan mentega sampai kembang. Seterusnya, masukkan bahan-bahan  lain. Kemudian bakar adunan hingga masak.  


•Terdapat penghubung rentetan seperti perkataan “ pertama”, “kedua”, “selepas itu”, “seterusnya” dan “kemudian” digunakan untuk  memberi kefahaman  yang lebih  lagi kepada penerima mengenai cara membuat kek.


5

Harimurti Kridalaksana

Menurut Harimurti Kridalaksana dalam Henry Tarigan, ciri-ciri tautan terbahagi kepada hubungan alasan dan akibat, sebab dan akibat, hasil kegagalan, perbandingan, aditif temporal dan ibarat. Beberapa yang akan bincangkan, iaitu aditif temporal, perbandingan dan ibarat serta sebab dan akibat.


6

Harimurti Kridalaksana

Harimurti Kridalaksana

Beberapa ciri yang dibincangkan oleh Harimurti Kridalaksana iaitu:


1.    Penghubung Aditif 
  • Digunakan untuk menambahkan perkataan lain. Contoh ayat: 
Lelaki dan perempuan, tua dan muda mahupun kanak-kanak turut bekerjasama dalam gotong-royong. Kaum perempuan bertugas untuk menanam bunga, lelaki  pula untuk mengutip sampah di sekeliling perumahan.


2.   Komparasi atau perbandingan
  • Kesan perbandingan akan meningkatkan lagi kekoherensian dalam sesebuah wacana. Komparasi atau perbandingan berfungsi untuk membandingkan dua benda atau lebih. Sebagai contohnya:
Ali lebih tinggi daripada Hussein. 

        
3.    Ibarat
  • Ibarat digunakan untuk memberi kefahaman yang lebih keapda pembaca. Hal ini disebabkan hubungan ibarat dikaitkan dengan persamaan sesuatu perkara. Misalnya,
Hubungan penduduk di Taman Perumahan Bouganville sangat akrab. Setiap hari minggu, penduduk di kawasan itu akan mengadakan hari keluarga bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Hubungan mereka boleh diibaratkan sebagai isi dengan kuku.


4.    Sebab dan akibat 
Contoh ayat, 


Dia rajin belajar sekarang kerana berhasrat untuk belajar di luar negara.

7

Nik Safiah dan Rakan-rakan

Nik Safiah dan Rakan-rakan
  • Tokoh-tokoh dalam buku Tatabahasa Dewan juga ada membincangkan runtutan atau koheren dengan terperinci.
  • Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008:525), agar wujud kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan dalam memperlihatkan kesinambungan idea.
  • Dalam bahasa Melayu, terdapat sekurang-kurangnya lima jenis penanda wacana, iaitu : 
  1. Penanda penghubung 
  2. Penanda rujukan 
  3. Penanda penggantian 
  4. Penanda leksikal  
  5. Penanda elipsis atau pengguguran.

1.    Penanda penghubung
  • Perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain dalam wacana. Penanda ini dapat dibahagikan kepada empat iaitu penghubung tambahan, penghubungan tentangan, penghubung musabab dan penghubung tempoh.
 
2.    Penanda rujukan
  • Kata ganti nama yang digunakan bagi merujuk perkataan dan frasa lain. Terdiri daripada kata ganti nama diri orang (pertama, kedua, ketiga) dan  kata ganti nama tunjuk (ini, itu, sana dan sini) misalnya:
  • Ayah dan ibu saya bertolak ke Jakarta pada pukul 9.30 pagi. Kami berlepas dari lapangan terbang KLIA.
 
3.    Penanda penggantian
  • Perkataan atau frasa lain dalam wacana yang sama. Penanda jenis ini terdiri daripada frasa nama, frasa kerja atau  klausa misalnya :
  • Ayah tidak menggalakkan Ali terlalu kerap menonton televisyen. Mengikut ayah, melakukan perbuatan itu tidak membawa manfaat. (Frasa Kerja)

8

Nik Safian dan Rakan-rakan


4.    Penanda Leksikal

  • Melibatkan kohesi atau pertautan antara perkataan atau frasa melalui pengulangan perkataan yang sama, pengulangan perkataan sama makna (sinonim), pengulangan yang melibatkan perkataan yang umum  maknanya dengan yang khusus maknanya (hiponim) dan pengulangan perkataan yang kehadirannya saling berkait (kolokasi) misalnya misalnya :
Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan, ada tenggiri, kembung, bawal dan sepat.


 5. Penanda Elipsis atau Pengguguran

  • Pengguguran frasa atau perkataan yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Misalnya :
Minggu lalu Kak Esah dan keluarganya berkelah di Port Dickson. Demikian juga keluarga kami. (pengguguran minggu lalu berkelah di Port Dickson).

9

RUJUKAN

Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob. (2018). Tatabahasa dan  Analisis Wacana. Tanjung Malim Perak : Emeritus Publications.