Kemahiran Mendengar dan BertuturVersión en línea SK 1.1 Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan tidak formal SP 1.1.3 Mendengar, mentafsir dan memberikan respons terhadap soalan secara kritis. por ISABEL NOBETHA ANAK IPAN IPG-Pelajar Aslam Danish, bolehkah saya pinjam buku ini? Danish Boleh. Kamu haruslah mengisi borang pinjaman ini dahulu. Aslam Baiklah. Mengapakah kamu menyediakan rekod pinjaman? Danish Saya menyediakan rekod pinjaman supaya buku di perpustakaan mini saya tidak hilang. Aslam Oh, begitu! Adakah buku-buku ini dibeli oleh ayah kamu? Danish Ya, ayah saya membeli buku-buku ini semasa kami berkunjung ke Pesta Buku di Pustaka Negeri Sarawak. Ada juga buku-buku yang saya beli sendiri. Aslam Wah, bagusnya! Kalau begitu, saya akan kembalikan buku kamu dengan segera setelah saya selesai membacanya.