Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahVersión en línea Latihan Kendiri por Awatif Khairollah 1 Yang mana antara berikut merupakan pengertian kepimpinan? a Kepimpinan guru sebagai pemimpin di dalam dan di luar bilik darjah yang mengenal pasti dan menyumbang kepada komuniti guru dan pemimpin. b Kepimpinan adalah sikap individu yang memimpin berbagai kegiatan kelompok terhadap tujuan yang akan dicapai bersama-sama. c Kepimpinan bilik darjah adalah satu unit yang akan mempengaruhi keseluruhan keberkesanan sesebuah sekolah. d Kepimpinan bilik darjah yang berkesan mempunyai tiga pendekatan iaitu eksekutif, empati dan liberal. 2 Kepimpinan guru dalam menguruskan kurikulum bilik darjah merangkumi tiga aspek besar iaitu kepimpinan transformasi, kepimpinan kurikulum dan ____________. a Kepimpinan guru b Kepimpinan diri c Kepimpinan pengajaran d Kepimpinan bilik darjah 3 Tahap kecekapan kepimpinan guru seperti dalam rajah tersebut, dapat disimpulkan seperti berikut: a Guru-guru yang sedang membangunkan diri mereka sebagai pemimpin, berkolaborasi bersama rakan-rakan sejawat untuk memahami diri mereka sendiri terlebih dahulu. b Guru sebagai pemimpin perlu mengamalkan kemahiran-kemahiran yang telah dibangunkan dalam perseitaran tempat kerja untuk memastikan mereka telah menguasai sepenuhnya kemahiran sebagai pemimpin. c Pengembangan potensi diri guru sebagai pemimpin. d Semakin lama tempoh perkhidmata guru semakin baik dari segi praktikalnya dan penggantungan kepada teori-teori sudah berkurang kerana telah menguasai banyak pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. 4 Kriteria kepimpinan guru meliputi komponen pekerti, keterampilan, ilmu dan ___________. a Kurang bermotivasi b Kurang sensitif c Mengikut emosi d Profesional 5 Guru sebagai pemimpin kurikulum mestilah dapat menterjemahkan kurikulum kebangsaan pada peringkat bilik secara yang berkesan mengikut matlamat yang telah ditetapkan berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Pernyataan tersebut berkaitan dengan _____________ kepimpinan kurikulum bilik darjah. a Kaedah b Cabaran c Kelemahan d Kepentingan