Crear juego
Jugar Test
1. 
Sudah beberapa kali Pak Husin mengalami kerugian kerana haiwan ternakannya mati.______________,masalah itu tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha.
A.
Di samping itu
B.
Oleh sebab itu
C.
Oleh yang demikian
D.
Walau bagaimanapun
2. 
Puan Salasiah menghidangkan lauk-pauk ini di atas meja.______________,dia pun mempersilakan tetamunya menjamu selera.
A.
Oleh itu
B.
Selepas itu
C.
Namun begitu
D.
Sudahlah begitu
3. 
Sambutan Hari Guru akan diadakan tidak lama lagi.______________,murid-murid yang akan mengambil bahagian dalam acara persembahan sedang giat berlatih.
A.
Sebaliknya
B.
Di samping itu
C.
Lebih-lebih lagi
D.
Oleh sebab itu
4. 
Pihak polis sering mengadakan rondaan di kawasan itu. ________________,jenayah ragut masih kerap berlaku.
A.
Sebelum itu
B.
Kalau begitu
C.
Namun begitu
D.
Di samping itu
5. 
Mula-mula ,saya akan menyapu sampah di halaman rumah. _______________,saya akan membuang sampah sarap ke dalam tong sampah.
A.
Lantaran itu
B.
Sebelum itu
C.
Selepas itu
D.
Semenjak itu