Inap Desa DahliaVersión en línea

Encik Husin dan keluarganya bercuti di Pahang. Di sana, mereka menginap di sebuah desa.

por NUR AINA NABIHAH BINTI JOHARI IPG-Pelajar
Encik Husin

Cantik sungguh inap desa ini. Ramai kawan ayah telah menginap di sini. Persekitarannya yang nyaman dan bersih sentiasa menjadi sebutan mereka.

Hajar

Susun atur dapurnya sangat kemas. Peralatan dapur disimpan di dalam kabinet tertutup.

Puan Nurul

Hajar, habuk dan debu akan mudah melekat pada peralatan itu jika tidak bertutup. Ingat anak-anak, kita perlulah mengemas dan membersihkan inap desa ini sebelum keluar.

Nazri

Kawasan persekitaran inap desa ini tiada sampah atau daun kering yang bertaburan. Sekiranya terdapat sampah atau daun kering, pasti mengundang haiwan pembawa penyakit.

Hadif

Bakul sampah disediakan di semua ruang di dalam inap desa ini.